Al-Hafidh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Al-Fath
Al-Bari X1:209 mengatakan :
“Yang dimaksud dengan dzikir adalah mengucapkan kata-kata yang
diperintahkan untuk diperbanyak pengucapannya. Hal ini seperti Al-baqiyat ash-shalihat (amal sholeh
yang kekal manfaatnya) berupa dzikir;. Suhhanallah
wal-hamdulillah, wa la ilaha illallah wallahu Akbar (Maha suci Allah,
segala puji hanya milik Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah selain
Allah, dan Allah itu Mahabesar). Juga seperti dzikir-dzikir yang lainnya, yaitu
membaca hauqalah (la haula wa
la quwwata illa billah, [tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan
Allah] ), basmalah (bismillah
ar-Rahman ar-Rohim [dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang] ), istighfar (astaghfirullah, [aku mohon
ampunan dosa dari Allah] ), hasbalah (hasbunallah
wa ni’ma al-wakil, ni’ma al-maula wa ni’ma an-nashir [cukuplah bagi kami Allah,
dan Dia sebaik-baik pelindung, sebaik-baik majikan dan sebaik-baik penolong] ).
Demikian pula do’a (permohonan) untuk kemaslahatan/ kebaikan dunia dan
akhirat.
Secara mutlak ,menurut Ibn Hajar selanjutnya, dzikir juga berarti
mengamalkan secara terus menerus apa yang diwajibkan atau dianjurkan oleh Allah
swt., seperti membaca Alqur’an, membaca hadits, belajar atau menuntut ilmu,
juga melakukan sholat sunnah. Dzikir juga kadang-kadang berupa pelafalan/pengucapan
dengan lidah dan orang yang mengucapkannya berpahala. Dalam dzikir semacam ini
tidak disyaratkan untuk menghadirkan hati –atau mengkhusyu’kannya– hanya tidak
boleh mempunyai tujuan selain yang sesuai dengan yang dibaca. Tetapi, jika
dzikir semacam ini diikuti dengan penghayatan oleh hati, maka itu lebih
sempurna. Dan jika dzikir tersebut disertai pemaknaan dan penghayatan seperti
mengakui keagungan Allah dan membersihkan atau mensucikan-Nya dari segala sifat
kekurangan, maka dzikir tersebut semakin sempurna.
Jika –pemaknaan dan penghayatan mendalam seperti itu– terjadi pada setiap
amal sholeh (perbuatan yang bagus) –baik yang diwajibkan, berupa sholat, jihad
maupun selain keduanya– maka hal itu akan lebih menambah kesempurnaan ibadah
yang dilakukan. Apalagi jika tawajjuh (menghadapkan jiwa raga kepada Allah)
dapat dilurus kan (dibenarkan) disertai keikhlasan yang sungguh-sungguh, maka
kesempurnaannya semakin bertambah. Ibnu Hajar selanjutnya mengatakan bahwa
Al-Fakhr Ar-Razi berkata: ‘Yang dimaksud dzikir dengan lisan itu ialah
(pengucapan) kata-kata yang mengandung tasbih [menyucikan Allah], tahmid
[memuji Allah] dan tamjid (memuliakan dan mengagungkan Allah swt.]. Sedang yang
dimaksud dengan dzikir qalb (dalam hati) ialah berpikir mengenai dalil-dalil
atau bukti-bukti mengenai Dzat Allah, sifat-sifatNya dan yang berkaitan dengan
taklif [kewajiban yang dibebankan oleh syariat] berupa perintah dan larangan.
Dengan begitu, orang yang berdzikir akan mengetahui hukum-hukum serta
rahasia-rahasia Allah yang ada pada (semua) makhluk-Nya.
Sedangkan dzikir dengan anggota tubuh (lainnya)
ialah bahwa anggota tubuh semuanya dipergunakan –secara optimal atau penuh–
dalam taat kepada Allah swt.. Meskipun demikian, Allah swt. menyebut sholat
itu sebagai dzikir. Seperti difirmankan-Nya:..maka pergilah (untuk
menuju) ke dzikrullah (sholat jumat). Diriwayatkan dari sebagian al-‘arifin –ahli tauhid– bahwa dzikir
itu dilakukan lewat tujuh segi; yaitu dzikir mata dengan menangis; dzikir
telinga dengan mendengarkan
(ajaran Allah); dzikir lidah
dengan menyanjung atau memuji Allah swt; dzikir kedua tangan dengan
memberi infak,sedekah, zakat, hadiah dan lain-lainnya; dzikir badan
dengan al-wafa (memenuhi tuntutan dan
janji); dzikir hati dapat dilakukan dengan adanya khauf (rasa takut akan murka
Allah), dan raja’ (penuh pengharapan
terhadap rahmat dan karunia Allah swt) serta dzikir ar-ruh dengan
berserah diri kepada ketentuan Allah serta ridho/rela atas apa yang
ditentukannya”.
Demikianlah menurut Ibnu Hajar Al-‘Asqalani.
Sedangkan dalam buku Fiqih Sunnah oleh Sayid Sabiq
jilid 4 hal. 247 cet. pertama th.1978B ditulis, bahwa Imam Qurtubi
berkata: “Majlis dzikir maksudnya ilmu dan peringatan yakni majlis dimana
disebut firman-firman Allah dan sunnah-sunnah Rasul-Nya. Begitupun berita-berita
(riwayat-riwayat) mengenai orang-orang sholeh dari golongan Salaf,
ucapan-ucapan imam dahulu yang zuhud, yang bebas dari bid’ah dan hal yang
dibuat-buat, bersih dari maksud jelek dan maksud serakah”.
Allah Swt dalam firman-Nya juga
menyebut bahwa sholat itu sebagai dzikir :
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ
الصَّلاةَ لِذِكْرِي
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak)
selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah salat untuk mengingat Aku. (Q.S.
Thaha ; Ayat 14)
Sembahyang
mengandungi perbuatan anggota zahir, perkataan yang dilafazkan dan penyertaan
hati yang benar menghadap kepada Allah s.w.t dengan sepenuh jiwa raga.
Mengingati Allah s.w.t melalui sembahyang merupakan zikir yang paling sempurna.
Perbuatan menjadi zikir, perkataan menjadi zikir dan perasaan menjadi zikir.
Sekalian maujud berada dalam suasana zikir. Zikir dalam sembahyang
menggabungkan pengakuan bahawa yang diingatkan itu adalah Allah s.w.t; bahawa
Allah s.w.t yang diingati itu adalah Tuhan; bahawa tiada Tuhan melainkan Dia;
bahawa Allah adalah Tuhan yang disembah; bahawa menyembah Allah s.w.t adalah
dengan perkataan, perbuatan dan perasaan; bahawa apa sahaja yang dilakukan
adalah kerana mentaati-Nya dan kerana ingat kepada-Nya.
Zikir
yang di dalam sembahyang menjadi induk kepada zikir-zikir di luar sembahyang. Menyebut nama-nama Allah s.w.t adalah zikir. Perkataan
yang baik-baik diucapkan kerana Allah s.w.t adalah zikir. Nasihat menasihati
kerana Allah s.w.t adalah zikir. Menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t adalah
zikir. Semua itu merupakan zikir perkataan.
Zikir
perbuatan pula meliputi segala bentuk amalan dan kelakukan yang sesuai dengan
syarak demi mencari keredaan Allah s.w.t. Berdiri, rukuk dan sujud dalam
sembahyang adalah zikir. Melakukan pekerjaan yang halal kerana Allah s.w.t,
kerana mematuhi peraturan yang Allah s.w.t turunkan, adalah zikir. Mengalihkan
duri dari jalan kerana Allah s.w.t adalah zikir. Apa juga perbuatan yang tidak
menyalahi peraturan syariat jika dibuat kerana Allah s.w.t maka ia menjadi
zikir. Tidak melakukan apa-apa pun boleh
menjadi zikir. Orang yang menahan anggotanya, lidahnya dan hatinya daripada
menyertai perbuatan maksiat sebenarnya melakukan zikir jika dia berbuat
demikian kerana Allah s.w.t. Semua itu menjadi zikir jika dibuat kerana Allah
s.w.t, kerana mematuhi perintah-Nya, kerana mencari keredaan-Nya dan kerana
ingat kepada-Nya. Jadi, perbuatan dan perkataan terikat dengan amalan hati
untuk menjadikannya zikir. Ia hanya dikira sebagai zikir jika ada zikir hati
iaitu hati ingat kepada Allah s.w.t, ikhlas dalam melakukan perintah-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya Tanpa zikir hati tidak ada zikir-zikir yang lain,
kerana setiap amalan digantungkan kepada niat yang lahir dalam hati.
Zikir
adalah mengingati Allah s.w.t sebaik dan seikhlas mungkin. Mengingati nama-nama
dan sifat-sifat-Nya adalah zikir.
Melihat matahari, bulan dan bintang di langit sambil mengenang kebijaksanaan
Allah s.w.t merupakan zikir. Melihat kilat memancar dan mendengar guruh
berdentum sambil mengenangkan keperkasaan Allah s.w.t adalah zikir. Melihat
fajar subuh, melihat dan mencium bunga yang indah lagi harum sambil mengenang
keelokan Allah s.w.t adalah zikir juga namanya. Jadi, zikir adalah pekerjaan
sepanjang masa, setiap ketika, semua suasana, pada setiap sedutan dan hembusan
nafas dan pada setiap denyutan nadi. Kehidupan ini merupakan zikir daim (zikir
berkekalan) jika mata hati sentiasa memerhatikan sesuatu tentang Allah s.w.t.
Misalkan
seorang sedang melakukan zikir hati dan perkataan; menyebut dan mengingati
nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak di
hadapannya. Anak kecil itu memegang sebotol racun. Anak kecil mahu meminum
racun tersebut. Pada ketika itu ahli zikir tadi berkewajipan meninggalkan
pekerjaan zikir yang sedang dilakukannya dan berpindah kepada zikir
menyelamatkan anak kecil yang mahu meminum racun itu. Perpindahan perbuatan
tidak memutuskan zikir atau ingatannya kepada Allah s.w.t. Dia menyebut nama
Tuhan kerana ingat kepada Tuhan. Dia menyelamatkan anak kecil itu kerana
mentaati perintah Tuhan. Tuhan yang mentakdirkan anak kecil itu mahu meminum
racun di hadapannya. Tuhan juga mengadakan syariat yang mewajibkan membuang
kemudaratan. Taat kepada perintah Tuhan dan reda dengan takdir Tuhan yang
datang serta bertindak menurut peraturan syariat Tuhan merupakan zikir yang
sangat mulia pada sisi Tuhan. Zikir yang begini termasuk di dalam golongan
zikir yang berkekalan atau zikir daim.
Zikir
daim sukar diperolehi. Kebanyakan manusia melakukan pekerjaan yang baik-baik
yang seharusnya menjadi zikir tetapi dilakukan tanpa ingatan kepada Allah s.w.t
dan bukan dengan penghayatan mematuhi syariat-Nya. Kekuatan dalaman perlu
ditambah bagi memperolehi zikir daim. Bagi tujuan tersebut perlulah dilakukan
zikir sebutan iaitu zikir nafi-isbat (ucapan kalimah “La ilaha illa Llah ”) dan
zikir nama-nama serta sifat-sifat-Nya. Zikir yang seperti ini memberi kesan
kepada menguatkan rasa kecintaan dan ingatan kepada Allah s.w.t. Ia membuka
kesedaran-kesedaran dalaman seperti yang telah dinyatakan pada tajuk yang
membicarakan perjalanan Latifah Rabbaniah. Kekuatan kesedaran dalaman mendorong
seseorang melakukan sesuatu dengan ikhlas kerana Allah s.w.t yang dicintainya,
yang hampir dengannya. Zikir nafi-isbat dan sebutan nama-nama serta
sifat-sifat-Nya menjadi jalan kepada zikir dalam bentuk mentaati peraturan-Nya
tanpa lupa kepada-Nya. Jadi, perlu dilakukan zikir secara sebutan untuk
memudahkan zikir secara amalan atau perbuatan dan kelakuan. Mudah-mudahan
terhasillah zikir yang berkekalan.
Zikir
atau mengingati Allah s.w.t haruslah dilakukan menurut kadar kemampuan
masing-masing. Zikir yang paling baik diucapkan adalah seperti yang diajarkan
oleh Rasulullah s.a.w dengan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: “Ucapan zikir
yang paling baik adalah yang aku dan sekalian nabi-nabi bawa. Itulah ucapan
kalimah ‘La ilaha illa Llah ’ .”
Orang yang tidak pernah berzikir adalah orang yang sangat
keras hatinya dan kuat dikuasai oleh syaitan, hawa nafsu dan dunia. Cahaya api
syaitan, fatamorgana dunia dan karat hawa nafsu membaluti hatinya sehingga
tidak ada ingatannya kepada Allah s.w.t. Seruan, peringatan dan ayat-ayat Tuhan
tidak diterima oleh hatinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar